Ahad, 17 Januari 2010

PERJUMPAAN BERSAMA TNC AKADEMIK

Al-kisah pagi isnin yang ceria.Sunny monday morning..

perjumpaan TNC Akademik,Prof tengku Mohamad b Tengku Semboh.
pertemuan yang telah memaklumkan pegawai kadet batalion Lekiu,setelah kesemua yang fail dan tidak mencukupi syarat mengikut kos masing-masing untuk degree menduduki semula reseatpaper,masih ada 23 pegawai kadet yang belum lulus.persoalan pertama,adakah mereka ini akan tersingkir dari UPNM?

Daripada sejumlah 89 orang yang reseat paper, kebanyakannya lulus. Tetapi jika disoalkan pegawai kadet yg reseat, rata-rata menjawab bahawa masing - masing jawab cincai sahaja.
musykil-musykil.

Katanya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada intake 2009 kerana mereka ini produk dato' NC yang baru iaitu Dato' Pahlawan Hj Zulkifli b Hj Zainal Abidin. Intake yang pertama kalinya Latihan Fasa Induksinya selama 6 minggu.Satu masa yang amat panjang untuk Latihan Ketenteraan buat kami untuk menukar kami dari[pada seorang awam kepada tentera.
Masih segar di ingatan tentang pengalaman pahit manis semasa Latihan Tunas Wira.

Akhir ucapan beliau,Prof Tengku menyebut sesuatu yang menarik perhatianku.
"Saudara-saudari harapan kami, jangan pandang ke sana,tapi bersamalah kita berpijak di bumi yang nyata.
Di sana,walau mereka ada banyak masa,tetapi sering disia-siakan mereka.Tapi di sini,walau
banyak cabaran dan halangan yang kita tempuhi,ia akan mematangkan kita. Dan kita dikhususkan masa untuk belajar.
Di akhirnya,masa untuk kita belajar dan untuk mereka di sana adalah sama.Walaupun pada ketika ini kamu masih tidak nampak semua kebaikan dari setiap yang kamu lalukan,
but once when you are commissioned as a cadet officer,you will be thankful to what university have done to you"

Kata-kata akhirnya membuatkanku berfikir sejenak. Adakah kebenaran di sebalik kata-kata itu?
atau mungkin hanya masa yang dapat membuktikannya.aku terus berfikir.dan berfikir.

Tiada ulasan: