Ahad, 28 September 2008

AN UNDREAMABLE DREAM



AN UNDREAMABLE DREAM??

Where there is a life, there is a hope…

HOPE and DREAM.. Is it the same??? What about WISH??
I hav a dream now.. A dream for someone..or I can best describe as hope..maybe..

Today somebody tell me dat she dreamt bout me.. she said that it was not so nice dream..
I’ve tried to ask her what she dreamt about.. but still she refused to do so.. Hmm, let her be.. I went to the beach this morning hoping dat I can found some peaces there..
And guess what I found??? I found nothing .. But when I came back, she dreamt about me..at the beach she said.. Well, what a fate..




Now my heart was more to describe my hope for this coming eid mubarak..
1st of all, I dunno why Raya this time was not so happy .. even I got a special raya card dis time.. huhu.. it was totally bcoz of my bro!! I miss him.. but somehow this raya he cannot come back.. He’s on duty dis year.. I’ve told him not to join navy, now see..what happen on this raya??
Who gonna be my partner or my driver to go to my frenz house..?? who gonna buy n get mercun for me to play with?? Who will give me duit rayer if I accompanied him to go to his sweetheart,s home?? haha… So sad la bro dis time..But what can I do.. My hope dat u will be hepi celebrating raya there!! N I’m having fun here!!haha…
I’ve just send my message to you at the bech..Do U hear that???


And one more dream.. but diz is for my cousin … it was nice for me to go back n see u..
Even u just at your bed, with your eye opening . . . No words from your black lips..
I miss the time when we play together,chasing the ayam kampong to make as rendang, cheating nenek ..but all the memories will never be the same again..

I wish u can wake up from your long sleep.. I have no courage to see you lay on your bed, speechless…oh God!! How could this happen to him..
He’s a nice boy.. I wish dat I could avoid the accident that dat make u paralyses like this..
If we can change our place.. Let me at your place and u at mine.. I’m sure that u’ll appreciate this life more than I am.. I hope one day u will be normal again.. For me, I will never let each black cross on the calendar give up my hope...I wish the day will come..

Like mak su said, sometime she can see your tears felt down, your eyes looked deeply in her eyes.. what U wanna say my buddy?? Does the loves we gave to u just enough??

I hope this dream will no longer being a dream more one day. . .



My beloved teacher, Cher Lin..

]

My beloved teacher, Cher Lin..

I dunno why I post this on my blog.. But for sure I wanna share to others that I hav a superb teacher..
The most sporting teacher in this century.. What made she special to me is because she sent me poems of motivation an inspiration. She always be there when we need someone to be on our side.. Thanks tecer!!!!


her handwriting was so nice..am i right??

SEBUAH PENYESALAN YANG TIADA KESUDAHAN.


Terpanggil diriku untuk memenuhi ajakan ayah ke pejabatnya selepas terawih semalam.
Sudah lama tidak berkunjung ke pejabat ayah itu disebabkan diri ini kesuntukan masa. Tambahan pula bukan selalu ayahku mengajak ke balai tempat dia bertugas.
Detak hatiku mungkin aku akan mendapat sesuatu yang berguna di sana. Kebosanan melihat ayah sibuk berhadapan dengan komputernya membawaku untuk membelek sebuah fail yang menyimpan rekod kesalahan juvana.

Aku tertarik pada sebuah kes bunuh yang melibatkan sekumpulan pelajar di sekolah menengah di Pasir Mas. Kes ini berlaku pada dua tahun yang lepas, ketika umat islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak . Seorang pengawas dipukul sampai mati oleh sekumpulan pelajar gara-gara tindakannya melaporkan kesalahan kumpulan pelajar itu kepada guru displin. Lebih malang lagi, mayat pelajar itu disembunyikan di dalam sebuah telaga sehingga gagal dikesan ahli keluarganya.

Hinggalah pada dua hari selepas kejadian iaitu pada 11 Ramadhan mayatnya dijumpai oleh pemilik kawasan ladang sawit tempat mangsa dipukul ketika pak cik tersebut membersihkan telaga di situ. Terkejut sakan si tua itu ketika mengangkat timbunan pelepah sawit dan kayu-kayu di dalam teleganya. Sekujur mayat berpakaian seragam sekolah telahpun reput berbau. Hibanya perasaan seorang ibu tunggal apabila mendapat berita kematian anak kesayanannya itu.

Soal siasat kemudian membawa kepada penangkapan pelajar-pelajar setingkatan dengannya. Mereka tidak bersembunyi untuk mengelak diri daripada ditangkap,walhal ketika digari pun tidak melawan. Kata ayah,mereka didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat yang boleh membawa hukuman mati mandatori.Motif bunuh adalah dendam dan modus operandinya adalah pukul beramai-ramai.

Kata ayah,tidah tergambar penyesalan mereka atas tindakan mereka itu. Gara-gara tidak puas hati dengan pengawas yang melaporkan mereka ponteng,mereka bakal menempuh maut di usia yang muda, setidak-tidakpun mengharungi hari-hari kelam di sebalik jeriji besi.. Bayangan keluarga bermain di minda masing-masing. Ternyata lebaran kali itu akan mereka sambut di dalam lokap bersama sahabat-sahabat setia mereka ini.
Peristiwa bunuh itu terus menerus menghantui bukan hanya mimpi, malahan hidup mereka. Bermula dengan ajakan untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka,ia membawa kepada pergaduhan. Mereka masih ingat ketika mereka menghumban mayat mangsa ke dalam telaga itu, mangsa masih hidup. Kalaulah mereka bertindak waras waktu itu..

Namun semuanya telah berlalu. Kini mereka hanya mampu berserah kepada takdir. Hari pembelaan menyaksikan ibu bapa dan keluarga masing-masing datang ke sana membawa harapan masing-masing. Yang Arif pada hari itu Nampak tenang. Ayah sebagai pengiring pesalah hanya memerhatikan perbicaraan dari jauh. Pegawai pendakwa raya tampak tidak yakin untuk membuentangkan hujahnya kerana ternyata bukti pendakwaan kes tidak cukup untuk menyabitkan kesalahan kepada tertuduh.


Peguambela tertuduh pula yakin memenangi kes, dengan persediaan yang cukup rapi berdasarkan bual bicara dan maklumat yang didapatkan daripada tertuduh.

Tanpa perlu membuat rayuan harbous carpus dan permohonan firma facie,
tertuduh terlepas daripada hukuman mati dan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik.
Namun,dirinya tahu dan mereka juga tahu bahawa sebenar-benarnya mereka betul-betul bersalah. Namun demi harapan keluarga tercinta, mereka tekad untuk meneruskan hidup dengan membuka lebaran yang baru.

Pastinya palit coretan hitam di helaian hidup mereka tidak akan pernah terpadam.
Hidup mereka akan terus menerus diselubungi SEBUAH PENYESALAN YANG TIADA KESUDAHAN.


Khamis, 25 September 2008

mY jOuRnEy oF A FaRisiAn

StArTeD ON 7 of jAnUaRy 2004.


Here da innocent+homesick year..PMR 1 AlPhA..



every nite,maser prep ader je kne denda sbb bising..or even coz i'm not wearing a belt ,or name card..to abe mirul,pesa..i rememba ur punishment..huhu











dA ClAsS oF sEnIoR oF JuNiOR..2 aLPHA..


1st year as a prefect..but not a year 4 me to pay my revenge..

i'm a good prefect 4 da fom 1 dat time i guess..agak r..tp xtaw.




here come the year of rock!!fom 3 alpha..

i dunno y we njoy our fom 3 very much..


dat's all for my lower form..juz sometim to share wif classm8..

Jumaat, 19 September 2008

FARISIAN BATCH 0408

Well,diz pict is for all scifer 0408 members..

KISAH GURU & MURIDNYA

assalamualaikum wrt...

kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membedakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu.

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet.

Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka...

Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!

Sabtu, 13 September 2008

KISAH SEBIJI CAWAN

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,
"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.


Buat teman…

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan- bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam
Kalam Hidayatullah

~Sekadar renungan.....~

Kisah ini tanpa sengaja dibaca olehku ketika menyelongkar ratusan dokumen di dalam lattopnya . Aku amat tertarik dengan kisah ini dan mungkin ia boleh dikongsi bersama. Sebuah nukilan yang cukup menginsafkan buat pedoman :

Wahai teman-teman sekalian,


Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota negara, banyak perkara yang telah saya pelajari.

Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah tentera yang hanya mempunyai pelajar lelaki. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.

Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Amerika Syarikat, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya.

Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik lelaki saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.

Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi.

Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu.

Ampunkanlah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu? West Point Military Academy. A.S..keredhaan -MU ku pohonkan dlm meniti perjalanan hidupku..insyallah..


Jumaat, 5 September 2008

DALAM PENCARIAN INI

Sesehari dalam hidup ini
bagai mencari
dibuagan sampah
sekadar memungut
cebis-cebisan sisa
yang dianggap tidak terpakai
buat diri diguna pakai


sesekali tika hayat ini
kebenaran terbuang
dalam longgokan kecuaian
serta kelalaian
dan pencari yang menemuinya
adalah pemungut buangan

sesehari dalam pencarian ini
buntu dalam tanggapan
yang menghinakan
lalu menjadi diri
tidak berani
menghias diri
dengan produk palsu
berjenama tinggi
lalu gelisah hati
tertumpu pada kata bestari
jadilah debu
ditumit kebenaran.


HIDAYATULLAH IBNU MUHAMMAD 3 RAMADHAN 2008

APAKAH KAU MASIH BERMIMPI


APAKAH KAU MASIH BERMIMPI

Apakah kau masih bermimpi
Tika sinar pertama membuka sinar
Tatkala pagi
Kita mulakan langkah
Di sini
Menyemai cinta pertama
Mengumpul ilmu

Hasrat setinggi gunung
Mendaki harap
Esuk bakal kita susuri
Pantai indah
Di sepanjang jalanan.

Bersama menapak
Menuruni perbukitan
Sebuah kampus menara gading
Sewaktu tergenggam segulung ijazah
Meski sekeping kertas
Tiada makna tanpa tauliah

Lihatlah dihadapan
Semuanya rata-rata telah berjaya
Berkat usaha dan restu
Para guru dan ibu bapa mu

Dan tika kegagalan menerpa
Air mata apalah ertinya
Sewaktu melihat rakan taulan
Dirimu hanya berulit nestapa

Sambil beriba
Anak kecil yang tak mengerti apa-apa
Kerana layakmu hanya suri sepenuh masa
Dan lelaki menjadi buruh cuma

Dirimu terlalu muda
Untuk berduka berulit nestapa
Mengusap rindu cinta
Bukan masanya lagi

Tapi sekurang-kurangnya
Harus bersyukur
Menghirup segar udara
Di maya ini

Apakah kau masih bermimpi
Tika sinar terik mentari
Membakar urat nadi
Dan tulang temulang pun bakal jadi abu
Dalam era baru

Sesungguhnya tiada tempat untuk mu
Tapi hanya untuk yang gigih
Berulit buku dan tiada kejayaan tanpa usaha
Sesal kemudian apalah guna.


HIDAYATULLAH IBNU MUHAMMAD

Selasa, 2 September 2008

A ramadhan memory at home..

A new night of the sacred month
the thin slice of the moon;
the crescent visible only a few minutes to the naked eye
A sight beautiful signaling new,fresh
Greetings one to the other:
Ramadan Mubarakh

And a few hours later sounds of drums
Wake up! Wake up!
have a meal, a simple glass of water!
Before the first light,
before you begin the fast,
make the intention
Wake up!Wake up!

And the day progresses,
a slowing down;
restaurants closed,
coffee houses empty.
And workers begin their trek home early

Late afternoon,
the speciality stores openselling the special once a year snacks,
crowds flocking and moving hurriedly
collecting their Iftar (break fast)
And mothers prepare the traditional meals
taking extra time for the fasting family
Only an hour before the sun sets
city streets empty,
as in a curfew,
And now only a few minutes,
family and friends gather
around the tablemaking small talk
awaiting the moment...silence...

Allah-hu AkbarAllah-hu AkbarAllah-hu AkbarAllah-hu Akbar(God is great)
Ash-hadu an la illaha illal-lahAsh-hadu an la illaha illal-lah(I witness that there is no God except Allah)
Ash-hadu anna Mohammadan rasoolol lahAsh-hadu anna Mohammadan rasoolol lah(I witness that Mohammad is the Prophet of Allah)
Hay-ye alas-slatHay-ye alas-slat(Hurry up for prayer)
Hay-ye alal falahHay-ye alal falah(Hurry up for prosperity)
Allah-hu AkbarAllah-hu Akbar
La illaha illal-lahLa illaha illal-lah(There is no God except Allah)

And the siren,
signalling the sun dipping below the horizon
And together,
some with dates, some with a pinch of salt
"We take this food in the name of Allah, most gracious, ever merciful"
Prayers given and later friends and family mill around,
some content others tired,
but all happy on this day of Ramadan...Peace