Jumaat, 5 September 2008

APAKAH KAU MASIH BERMIMPI


APAKAH KAU MASIH BERMIMPI

Apakah kau masih bermimpi
Tika sinar pertama membuka sinar
Tatkala pagi
Kita mulakan langkah
Di sini
Menyemai cinta pertama
Mengumpul ilmu

Hasrat setinggi gunung
Mendaki harap
Esuk bakal kita susuri
Pantai indah
Di sepanjang jalanan.

Bersama menapak
Menuruni perbukitan
Sebuah kampus menara gading
Sewaktu tergenggam segulung ijazah
Meski sekeping kertas
Tiada makna tanpa tauliah

Lihatlah dihadapan
Semuanya rata-rata telah berjaya
Berkat usaha dan restu
Para guru dan ibu bapa mu

Dan tika kegagalan menerpa
Air mata apalah ertinya
Sewaktu melihat rakan taulan
Dirimu hanya berulit nestapa

Sambil beriba
Anak kecil yang tak mengerti apa-apa
Kerana layakmu hanya suri sepenuh masa
Dan lelaki menjadi buruh cuma

Dirimu terlalu muda
Untuk berduka berulit nestapa
Mengusap rindu cinta
Bukan masanya lagi

Tapi sekurang-kurangnya
Harus bersyukur
Menghirup segar udara
Di maya ini

Apakah kau masih bermimpi
Tika sinar terik mentari
Membakar urat nadi
Dan tulang temulang pun bakal jadi abu
Dalam era baru

Sesungguhnya tiada tempat untuk mu
Tapi hanya untuk yang gigih
Berulit buku dan tiada kejayaan tanpa usaha
Sesal kemudian apalah guna.


HIDAYATULLAH IBNU MUHAMMAD

Tiada ulasan: