Rabu, 18 Ogos 2010

puasa

         Sudah lama kiranya tak bernafas. Sejak hilangnya nyawa kerana lattop ku kecurian. Malas gila rasa nak online, update blog apatah lagi nak menaip-naip keypad ni. Ni pun semangat nak buat sesuatu agar sekurang-kurangnya ada la jugak benda buat dengan lattop yang Tuan Aliff pinjamkan ni. Pepun, trimas tuan atas paksaan yang sepatutnya tak perlu dipaksa untuk saya pinjam lattop tuan ni.sebab saya memang memerlukan.
     Subjek programming, java dan sekuriti komputer sekarang cam best jugak.Lagi-lagi yang pasal info berita semasa.Current News.memang terbaik. Baru celik mata sal perkembangan ICT dunia dan selalu up to date dengan current issue berkaitan gadget security dan juga bab-bab hacking sume.
Dalam kepala pulak dok fikir sal isu keamanan. Tak lama lagi debat kaeamanan peringat university.untuk dapat placing top,at least kena prepare awal. Isu keamanan ni banyak fakta je nak kena faham dan ingat. Lagi-lagi debat kali ni format debat ala presiden. Gaya cam Datuk Shabery  Chik dengan Datul Seri Anwar berdebat camtu. 
    Tapi yang terbaru sekarang, selain isu Mavi Marmara dan Viva Palestina, isu bencana alam yang menimpa negara Pakistan turut tidak boleh dilepas pandang. Hakikatnya, bencana di Pakistan ni lebih teruk dari bencana alam sebelum ni. Jika nak dibandingkan dengan Tsunami atau gempa bumi Haiti, banjir Pakistan lebih teruk. Seramai lebih 13.8 juta terjejas dan lebih 2 juta dah terkorban. Sama- sama doakan kekuatan  bagi mereka menghadapi bencana banjir yang Allah turunkan sebagai ujian buat mereka ini.