Ahad, 28 September 2008

SEBUAH PENYESALAN YANG TIADA KESUDAHAN.


Terpanggil diriku untuk memenuhi ajakan ayah ke pejabatnya selepas terawih semalam.
Sudah lama tidak berkunjung ke pejabat ayah itu disebabkan diri ini kesuntukan masa. Tambahan pula bukan selalu ayahku mengajak ke balai tempat dia bertugas.
Detak hatiku mungkin aku akan mendapat sesuatu yang berguna di sana. Kebosanan melihat ayah sibuk berhadapan dengan komputernya membawaku untuk membelek sebuah fail yang menyimpan rekod kesalahan juvana.

Aku tertarik pada sebuah kes bunuh yang melibatkan sekumpulan pelajar di sekolah menengah di Pasir Mas. Kes ini berlaku pada dua tahun yang lepas, ketika umat islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak . Seorang pengawas dipukul sampai mati oleh sekumpulan pelajar gara-gara tindakannya melaporkan kesalahan kumpulan pelajar itu kepada guru displin. Lebih malang lagi, mayat pelajar itu disembunyikan di dalam sebuah telaga sehingga gagal dikesan ahli keluarganya.

Hinggalah pada dua hari selepas kejadian iaitu pada 11 Ramadhan mayatnya dijumpai oleh pemilik kawasan ladang sawit tempat mangsa dipukul ketika pak cik tersebut membersihkan telaga di situ. Terkejut sakan si tua itu ketika mengangkat timbunan pelepah sawit dan kayu-kayu di dalam teleganya. Sekujur mayat berpakaian seragam sekolah telahpun reput berbau. Hibanya perasaan seorang ibu tunggal apabila mendapat berita kematian anak kesayanannya itu.

Soal siasat kemudian membawa kepada penangkapan pelajar-pelajar setingkatan dengannya. Mereka tidak bersembunyi untuk mengelak diri daripada ditangkap,walhal ketika digari pun tidak melawan. Kata ayah,mereka didakwa atas tuduhan membunuh dengan niat yang boleh membawa hukuman mati mandatori.Motif bunuh adalah dendam dan modus operandinya adalah pukul beramai-ramai.

Kata ayah,tidah tergambar penyesalan mereka atas tindakan mereka itu. Gara-gara tidak puas hati dengan pengawas yang melaporkan mereka ponteng,mereka bakal menempuh maut di usia yang muda, setidak-tidakpun mengharungi hari-hari kelam di sebalik jeriji besi.. Bayangan keluarga bermain di minda masing-masing. Ternyata lebaran kali itu akan mereka sambut di dalam lokap bersama sahabat-sahabat setia mereka ini.
Peristiwa bunuh itu terus menerus menghantui bukan hanya mimpi, malahan hidup mereka. Bermula dengan ajakan untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka,ia membawa kepada pergaduhan. Mereka masih ingat ketika mereka menghumban mayat mangsa ke dalam telaga itu, mangsa masih hidup. Kalaulah mereka bertindak waras waktu itu..

Namun semuanya telah berlalu. Kini mereka hanya mampu berserah kepada takdir. Hari pembelaan menyaksikan ibu bapa dan keluarga masing-masing datang ke sana membawa harapan masing-masing. Yang Arif pada hari itu Nampak tenang. Ayah sebagai pengiring pesalah hanya memerhatikan perbicaraan dari jauh. Pegawai pendakwa raya tampak tidak yakin untuk membuentangkan hujahnya kerana ternyata bukti pendakwaan kes tidak cukup untuk menyabitkan kesalahan kepada tertuduh.


Peguambela tertuduh pula yakin memenangi kes, dengan persediaan yang cukup rapi berdasarkan bual bicara dan maklumat yang didapatkan daripada tertuduh.

Tanpa perlu membuat rayuan harbous carpus dan permohonan firma facie,
tertuduh terlepas daripada hukuman mati dan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik.
Namun,dirinya tahu dan mereka juga tahu bahawa sebenar-benarnya mereka betul-betul bersalah. Namun demi harapan keluarga tercinta, mereka tekad untuk meneruskan hidup dengan membuka lebaran yang baru.

Pastinya palit coretan hitam di helaian hidup mereka tidak akan pernah terpadam.
Hidup mereka akan terus menerus diselubungi SEBUAH PENYESALAN YANG TIADA KESUDAHAN.