Rabu, 27 Januari 2010

TANYA SAMA POKOK

Hari ini hujan.Dan aku tidak tahu apa rasionalnya untuk aku mengaitkan hujan di petang hari ini dengan sebuah lagu nyanyian seniman lagenda tanah air,P.Ramlee - tanya sama pokok. semasa kecilku, pernah suatu ketika abah menyanyikan lagu ini buatku ketika saat menanti hujan reda.Di sebuah wakaf tepi sawah, anginnya kencang,tetapi sangat tenang kurasakan.

Begitu juga abah.Kami,anak-anak abah hormati abah kerana ketegasannya.Al--maklumlah, abah itu seorang polis. Tapi abah, amat menenangkan kami.Abah pandai berpuisi,dan puisinya sering juga terpapar di akhbar dan majalah-majalah. Cuma malangnya,tiada anak abah yang betul-betul dapat mewarisi abah. Lupakan kisah aku dan abah. Kita baca dan hayati senikata lagu ini.




TANYA SAMA POKOK


Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.


Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.


Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.


Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.


Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.


Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

5 ulasan:

Fráhÿnx Rõsè :) berkata...

menarikk...
semakin ditelan dek zaman lagu neh,
bgus laa ade yg mengingatkan...

tau sampai rangkap ni jer..hehe

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

=)

Maira Junoh berkata...

aku suka.aku suka
mmg tebaik lagu ni (:

satu hikayat berkata...

farah ; yup.mmg makin hilang ditelan zaman.tapi kitalah yang akan meneruskan legasi budaya sebegini.
myra ; kamu tuu semuanya terbaik.huhu

Little Miss Lily berkata...

nice blog too (:

Amir berkata...

lagu yg besh!!
tp, ramai dah lupakan..

http://borakbolasepak.blogspot.com/