Jumaat, 22 Januari 2010

ANALISIS EKONOMI SEMASA

Terasa kebosanan yang teramat sangat. Ingin mencari 'fakta bersepah' sebagai pegetahuan semasa samada untuk pengetahuan am mahupun menjadi ras-ras dalam debat ASTAR nanti.

Syarikat Bioteknologi India Minat Untuk Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Syarikat bioteknologi pertama India, Biocon Ltd, meninjau kemungkinan memperluaskan operasinya ke Malaysia berikutan potensi negara ini menjadi hab bioteknologi serantau.

Kiambang ; tetap harga tol akan sama jugak.

TM Meterai Perjanjian Dengan Lima Syarikat Telekom Bagi Liputan Jalur Lebar Lebih Luas

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Perjanjian perkongsian lima tahun yang dimeterai Telekom Malaysia (TM) dengan lima pengendali menara telekomunikasi hari ini akan memberi faedah kepada pengusaha mudah alih, wayarles dan WiMAX untuk melancarkan perkhidmatan jalur lebar mereka bagi liputan yang lebih meluas.

Kiambang ; Sebelum ni liputan telekom dah luas kan?ke wimax yang nak luaskan liputan?bila laa nak ada wimax kat kelantan. Da bosan pakai berukband celcom ni.

Tokio Marine Insurans Lantik Ketua Pegawai Eksekutif Baru

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Tokio Marine Insurans (Malaysia) Bhd pada hari Jumaat mengumumkan pelantikan Dr Michael Heng Kiah Ngan sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu.

Kiambang ; Kenapa mesti bukan bumiputera??

UOB Kay Hian Research Naikkan Unjuran Keuntungan Mah Sing

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Unjuran keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun 2010 dan 2011 dinaikkan masing-masing sebanyak tujuh peratus dan 14 peratus oleh UOB Kay Hian Research.

Alam Sekitar Jadi Prasyarat Utama Kelulusan Projek Pembangunan Balikpapan

Daripada Nashir Mansor

BALIKPAPAN (KALIMANTAN TIMUR), 22 Jan (Bernama) -- Aspek penjagaan alam sekitar, menjadi antara prasyarat utama bagi kelulusan projek-projek pembangunan di kawasan Bandaraya Balikpapan.

Kiambang ; harap-harap semua projek pembangunan pun begitulah.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada RM331.4 Bln

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada RM331.4 bilion (AS$96.7 bilion) setakat 15 Jan, 2010 daripada RM331.3 bilion (AS$96.7 bilion) pada 31 Dis, 2009. Kiambang ; Alhamdulillah.Bertambah duit negara.

Akta Jualan Langsung Akan Dipinda Tangani Skim Piramid

PETALING JAYA, 22 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan meminda Akta Jualan Langsung 1993 bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan skim piramid itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kiambang ; Skim piramid itu jualan lagsungkah??

Giant Buka Hypermarket Pertama Di Sarawak Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Giant, peruncit pasar raya besar di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, bersedia membuka satu lagi cawangan di Sibu pertengahan tahun depan.

Kiambang ; baru kutahu kat Sarawak belum ada Giant.Kat Kelantan dah ada dah,,

Najib Pelawa Firma India Labur Dalam Model Ekonomi Baru

Oleh P.Vijian

CHENNAI, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia, yang berhasrat mengubah tahap ekonominya kepada ekonomi bernilai tinggi, kini membuka pintu kepada firma India kepakaran tinggi untuk melabur dalam model ekonomi baru yang dicadangkan itu.

Kiambang ; Ajaklah lebih ramai-ramai lagi, Lepas tu bising dan pening kepala dengan kehilangan pendatang India di negara ini,Musykil – musykil.

Unit SapuraCrest Peroleh Kontrak Bernilai AS$75 Juta Di India

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Offshore International FZC (OIF) unit 40 peratus milik SapuraCrest Petroleum memperoleh subkontrak bernilai AS$75 juta (AS$1.00 = RM3.39) daripada Larsen & Toubro Ltd (L&T).

Jangan Dedah Butiran Akaun Bank Kepada Pemanggil Telefon

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) pada hari Jumaat menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesej e-mel yang mendakwa dari bank atau Bank Negara Malaysia.

Kiambang ; Dah banyak kali dah pesan. Berbuih dah mulut nii haa.tetap ada lagi orang yang degil.

Eurocopter Capai Objektif Perolehan Dan Penyerahan 2009

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Syarikat pengeluar helikopter Perancis, Eurocopter, telah memenuhi objektif perniagaan dan penyerahannya untuk tahun lepas dan menstabilkan perolehan pada paras yang dicatatkan pada 2008.

Kiambang ; kaitannya dengan ekonomi negara? Kalau stabil pun ia, bukan boleh bagi helikopter free kat Malaysia.

Felda Salur Perubatan Percuma Untuk Masyarakat Pedalaman Sabah

TAWAU, 22 Jan (Bernama) -- Sepuluh doktor termasuk empat pakar perubatan bersama 45 sukarelawan diterbangkan khas pada hari Jumaat untuk memberi rawatan perubatan percuma di kawasan-kawasan pedalaman di Sabah.

Kiambang ; Lepas ni datang kat UPNM pula ye!ramai orang yang nak report sick kat sane.

SC Terima Permohonan IPO Tinggi Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Permohonan tawaran awam permulaan (IPO) yang diterima oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) meningkat kepada 35 tahun lepas daripada 23 pada 2008.

PLUS Ambil Alih 74 Peratus Kepentingan Dalam Pemegang Konsesi Lebuh Raya India

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- PLUS Expressways Bhd (PEB) pada hari Jumaat telah memeterai perjanjian pembelian saham merangkap pegangan saham (SPSA) bagi cadangan pengambilalihan sehingga 74 peratus kepentingan dalam Indu Navayuga Infra Project Private Limited dengan nilai RM74 juta.

Fast Track Solution Akan Ambil Alih Blackbox Group

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Fast Track Solution Holdings Bhd (FTSHB) mengumumkan ia sudah menandatangani perjanjian jual beli untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Blackbox Group Sdn Bhd (BGSB) bagi sejumlah RM15 juta.

MAS-GMR Aerospace Sedia Berkembang Dalam Pasaran MRO India

From Shanti Ayadurai

CHENNAI, 22 Jan (Bernama) -- MAS-GMR Aerospace Engineering Company Ltd (MAG) yang menandatangani perjanjian MRO (penyelenggaran, pembaikan dan baik pulih) eksklusif 10 tahun pada hari Jumaat dengan Jet Airways, sedia melebarkan sayapnya dalam pasaran MRO India.

Kiambang ; amat wajar untuk peningkatan kualiti dan mutu penyelenggaraan pesawat Mas.

Yeo Hiap Seng Henti Edaran Produk Red Bull Mulai 1 April

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd pada hari Jumaat mengumumkan penamatan hubungan perniagaan dengan anak syarikat milik penuhnya, Yeo Hiap Seng Trading Sdn Bhd dan Allswell Trading Pte Ltd, bagi penjualan dan pengedaran produk "Red Bull' di Malaysia.

Kiambang ; sokong tindakan ni. Baik edar air tongkat ali orang kampung.

Pembiayaan Tidak Akan Diketatkan Dengan Garis Panduan Baru

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bank-bank tidak akan mengetatkan pemberian pinjaman berikutan garis panduan baru mengenai klasifikasi pinjaman tidak berbayar, demikian menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM).

Kiambang ; amat wajar. Kalau tak, rakyat akan beralih untuk meminjam dengan Along.

p/s. Saya bukan along, saya Cuma mahu tolong.

China Eksport 432 Juta Telefon Mudah Alih Buatan Sendiri Pada 2009

Oleh Vincent Low Seng Guan

BEIJING, 22 Jan (Bernama) -- China mengeksport 432 juta telefon mudah alih buatan tempatan ke seluruh dunia pada 2009, yang menyaksikan pertumbuhan 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut syarikat perunding cara AVC.

Kiambang ; lambakan telefon bimbit tiruan cina di pasaran dirasakan sesuatu yang menjengkelkan.

Penarafan Ke Atas Hong Leong Bank Tidak Terjejas, Kata Standard & Poor

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Standard & Poor Ratings Services berkata penarafan ke atas Hong Leong Bank Bhd (HLB) tidak terjejas oleh cadangan pengambilalihan ke atas EON Capital Bhd.

Habis sudah fakta bersepah kali ni.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Best Places To Bet On Boxing - Mapyro
Where To Bet On Boxing. deccasino It's a sports ventureberg.com/ betting event in which you bet on the outcome febcasino.com of a https://febcasino.com/review/merit-casino/ game. In the boxing world, each player must decide if or not to 출장마사지