Rabu, 30 Disember 2009

Mengira detik hadirnya 2010..mengharapkan sinar harapan kan menjadi nyata.

Mengira detik hadirnya 2010..mengharapkan sinar harapan kan menjadi nyata

Assalamualaikum w.b.t dan salam kedamaian.

Aku terasa mahu mencoret sesuatu di dalam paparan ini.Buat menjadi suatu ungkapan yang dapat aku ungkitkan suatu hari nanti amnya, atau lebih khusus di tirau tahun 2010 yang akan terbuka tidak lama lagi.

Tiada apa yang lebih ketara dalam hidup aku pada tirai tahun 2009, melainkan suatu pengalaman baru yang begitu bermakna buat diriku - tidak pernah sekali - kali terlintas di benakku untuk melalui semua ini.
pengalaman yang aku maksudkan ialah menjadi seorang pegawai kadet tentera darat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Melepaskan tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang - undang di UK dan memilih untuk ke sini bukanlah satu keputusan yang mudah buat diriku.

Aku memilih untuk kesini, bermakna aku merelakan jasad dan rohku untuk melalui seribu satu cabaran di UPNM,yang bagi rata-rata orang yang dekat di sisinya UPNM masih mencari-cari arah tuju dan identitinya, dan aku serta kesekian teman seperjuangan da tuan-tuan ku yang lain terperangkap di dalam dilemma ini.

Beberapa insan hebat aku temui di sini, agar aku dapat ,menjadikan mereka idola dan sumber inspirasi buat diriku. Perjalanan sebuah petang menemukan aku dengan seorang pemikir hebat,menggalas suatu peranan yang amat berat di UPNM sebagai Kadet Panglima Briged. Maaf jika tuan terbaca dan tidak menyenangi coretan ini,tapi saya mengagumi diri dan pemikiran tuan.Dan maaf,saya tidak memenuhi harapan tuan kepada saya. Terima kasih juga tuan, kerana mendorong saya untuk bermatang - matang dan menjadi lebih dewasa di ruangan ini.

Seterusnya keluarga debat yang saya kagumi semuanya. Pemikir-pemikir yang ibarat intan - intan di celahan perwira gagah setia di universiti ini.Tuan Wan Ahmad Ghazly,Tuan Raja Ashraf,Tuan Helman, Tuan Tom,Tuan Aslam dan lain-lain.Kalian mengajar saya untuk berfikir dengan analitikal dan berinovatif ke arah penghalisan idea- idea yang ternyata 'out of the box' dan melangkaui pemikiran normal rakan-rakan seusia.Tidak lupa juga seorang peguam syariah lagenda guaman dalam pembikinan,encik Rizz Iskandar, yang tidak jemu-jemu mencurah tunjuk ajar dan teladan buat kami semua.
Terima kasih tuan!


T
idak ketinggalan, arena perdebatan insitusi pengajian tinggi negara yang menemukan saya dengan beberapa rakan baru yang mencanang idea-idea segar dari buah fikiran muda yang amat bernas fikirannya.Saudara Khazaidi,presiden IRC dan mahasiswa UTP, juga rakan di bangku sekolah menengah saudara muiz yang juga kini mahasiswa UTP.Saudara Shukri,mahasiswa MMU dan juga saudara Dheepan,seorang pendebat dari kaum India yang tidak terdengar sedikit pun pelat Indianya ketika berdebat,ada pun mengalahkan kami seorang Melayu yang lahirnya terus menuturkan bahasa Ibunda ini,juga seorang mahasiswa MMU. Kami hanyalah insan yang kerdil di arena ini,membentuk komuniti kami.Aku menyanjugi pendebat-pendebat gergasi yang lain dari Giant Unversity seperti UIAM,UKM,UM,USM dan lain-lain.

Aku sudah kelewatan untuk meneruskan rutinku sebagai seorang pegawai kadet.Perutku yang kurus ini sudah berbunyi.Jom,pergi makan dulu kawan-kawan!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkara pertama yang membuat aku rasa kesal kerana kenal kamu adalah kerana menjadi tentera..and the second thing is because u were not going to UK for further study..anyway,,trithlon kamu sapu,,2ic kamu sapu,,debate juga kamu sapu make sure akademik pon kamu suke..all da best..