Khamis, 21 Ogos 2008

!~BiCaRa sEBuAh dIaM~!

















BICARA SEBUAH DIAM..

Kubicarakan sebuah diam,
Buat menutur bait kesepian,
Melontarkan rasa kerinduan,
Agar nanti kelak kuketiadaan,
Akan dikenang sebaris alam.

Kubicarakan sebuah diam,
Tika semua hati keberatan,
Tika esok menjadi keluhan,
Meninggalkan syurga halaman,
Untuk berangkat ke desa ilmuwan.

Di sana,
Tiada lagi blog luahan,
Tiada lagi friendster sebagai teman,
TiAda lagi telefon di tangan,
Tidak ada longgokan makanan,
Bonda dan ayahanda,
Serta adik-beradik di tepian.

Namun kalian,
Di sana nanti kita ada teman,
Untuk dihantar ucapan komen,
Untuk dipesan mesej kiriman,
Ibu dan bapa kedua kalian,
Buat dipinta nasihat pedoman.

Ayuh rakan-rakan seperjuangan,
Bicarakan sebuah diam ini,
Tika masing-masing akan pulang,
Meninggalkan sekalian keindahan.
Untuk menangguk secebis harapan.

HIDAYATULLAH,
Teratak Badai, dUNGUN. 23 0GOS 2008

2 ulasan:

Nana berkata...

ni mcm gmbr kt jenan je ni

aRiFF hAFIZi berkata...

"TiAda lagi telefon di tangan,"

tul ker??

P/S: i simply cn't believe u do poetry... huhu.. my poetry skill now experiencin' a deep sleep or short paralysis.. haahahaha.. had been a looooooooooog time after i done one... haahaahahaha.. keep it up dude!!!